Sunday, 10 March 2013

- My Mood For Today -


Hai Semua !! :D

Apa khabar semua di sana? Huh, tetiba ja ifah rasa sedih sangat. Minggu ni sekolah ifah ada minggu aktiviti . So happy gila lah sebab tak belajar . Boleh lah lepaskan stres sikit . Sepanjang minggu ni, banyak sangat peristiwa yang terjadi . Peristiwa pahit , manis, menyakitkan, semuanya ada lah! :)

Cuba tengok gambar dekat bawah 

Ha? Macam mana? Teruk kan? Muka keletihan, semuanya ada lah. Gambar senyum ? Kalau korang nak tahu , itu sebenarnya FAKE smile ! Ifah tak tahu lah nak cakap macam mana , yang penting nya , ifah banyak sangat sakit hati dalam minggu ni . Ifah pun tak tahu , ifah pun banyak juga sangat terasa . 

Minggu aktiviti memang memenatkan , tapi aktiviti semuanya menyeronokkan . Itu pun ifah rasa ada sesuatu perasaan yang sedih dalam hati ifah . Ifah ni seorang yang cepat terasa , tapi suka pendam . Ifah tak tahu nak luahkan pada sapa-sapa . Ifah rasa sedih sangat . Ifah dah tak tahu nak luahkan dekat sapa-sapa . Ifah rasa sekarang ni macam takde sapa pun yang ifah boleh percaya .


     Ifah tahu, duduk asrama kita hanya ada kawan . Habislah kalau kita tak pandai berkawan . Dekat sesiIfah sedih . Sedih sangat . Semuanya rasa macam tak sempurna . Ifah tahu , sapa lah sangat ifah ni kan ?. Ifah rasa macam takde sapa pun yang memahami ifah di sini . Walaupun kawan yang ifah rapat pun buat macam tak layan ifah je . Apa salah ifah ? Kenapa tak terus terang je dekat ifah ? Ifah dah tak tahu nak luahkan dekat sesiapa dah ni . Sapa lagi yang memahami ifah ni ? Kenapa semua tak memahami ifah ? :'(
apa lagi kita nak luahkan masalah ? 

Minggu aktiviti ni banyak yang menyeronokkan, tapi banyak yang menyedih kan jugak . Tapi ifah rasa hari ni memang dah sampai tahap MAKSIMUM ! Ifah tak tahu nak luahkan dekat sapa . Hanya boleh mengadu di blog ni...


Ifah dah tak kisah , suka hati korang lah . Kalau korang rasa seronok sangat pijak kawan korang , semoga Allah yang membalasnya :') Allah tahu apa yang terbaik buat hamba nya .

During explorace :D <3



Pengubat luka dan duka . Ini lah antara gambar the best moment .

Itu saja untuk hari ni , akhirnya ifah boleh luah kan jugak apa yang ifah rasa . Allah itu Maha Adil . Dia pasti melakukan yang terbaik untuk kita . Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati ifah .








Saturday, 2 March 2013

MY BF

Hai, and assalamualaikum semua.

Dah tengok title untuk pos kali ni? Sebenarnya ini adalah post ifah yang kedua selepas 2 tahun tinggalkan. Hari ni Ifah nak post tentang Bf ifah. Sebelum tu, tahu tak apakah maksud Bf tu? Bf itu maksudnya BESTFRIEND ;p . Ha, semuanya mesti dah fikir Bf tu Boyfriendkan?

Okelah, cuba tengok gambar dekat bawah ni .



Ha, macam mana? Comel kan? Ini lah budak yang diberi nama sebagai Nurul Zahidah Binti Zulkiffli . Dikenali sebagai Ida . Berumur 17 tahun untuk tahun 2013. Lahir pada 8 April, *p/s: jangan lupa wish birthday dia tau! :) .

Nak tahu cerita tentang dia? Kalau nak diceritakan, mungkin sampai esok pun tak habis Ifah nak menaip. Terlalu panjang yang ifah boleh ceritakan. Dia ni seorang yang aktif dan lasak.

Sebenarnya, kami berdua dah berkawan sejak berumur 3 tahun lagi . Lama kan? Macam2 pengalaman yang dapat kami terokai . Memang seronok lah berkawan dengan dia :) Setiap kali bercuti, ada saja aktiviti yang kami lakukan.

Semasa Darjah enam dulu, kami selalu pergi kelas tambahan bersama-sama. Maklumlah, tahun tu kan nak ambil UPSR. Kami pergi berjalan kaki tau ? Segala pengalaman takkan dilupakan . The moment bila kami terpaksa lalu melalui lubang pagar, maklumlah, yang itu saja jalan shortcut yang ada . Masa tahun itu lah kami berpisah .

Masa di tingkatan 1, dia telah mendapat tawaran ke MRSM Bentong di Pahang . Masa itu memang tak dapat dinafikan , ifah jealous sangat tengok dia dapat sekolah situ . Ifah jealous tengok aktiviti sepanjang dia dekat sana, semuanya best-best . Tapi bila cuti ja , mesti ada saja tempat yang kami pergi . Kami pergi dengan berbasikal tau! :D Tapi itu hanya untuk ronda-ronda ja . Selalu sangat kami pergi bendang .

Masa tingkatan 4, ifah dapat tawaran untuk masuk ke sekolah MRSM Kepala Batas , masa tu happy sangat . Masa tu jugak , ida pindah maktab ke MRSM Langkawi . Sekarang ni , bila tiba cuti kami sentiasa bertukar-tukar cerita . Sekarang ni , kami berjanji untuk berjumpa di SUPER :) . Sukan dan permainan untuk seluruh MRSM . Ya allah , tak sabarnya :D . Macam mana lah kehidupan dia di asrama ye? Hikhik.

Kejap-kejap , kita nak promote jap . Nak tahu tentang dia ? Ini dia :) Blog , twitter , facebook . Nak berkenalan ? Boleh saja :) . Dia ni seorang yang peramah dan periang tau .


Sekian saja untuk malam ni :) Assalamualaikum semua .