Dah tengok title untuk pos kali ni? Sebenarnya ini adalah post ifah yang kedua selepas 2 tahun tinggalkan. Hari ni Ifah nak post tentang Bf ifah. Sebelum tu, tahu tak apakah maksud Bf tu? Bf itu maksudnya BESTFRIEND ;p . Ha, semuanya mesti dah fikir Bf tu Boyfriendkan?
Okelah, cuba tengok gambar dekat bawah ni .

Ha, macam mana? Comel kan? Ini lah budak yang diberi nama sebagai Nurul Zahidah Binti Zulkiffli . Dikenali sebagai Ida . Berumur 17 tahun untuk tahun 2013. Lahir pada 8 April, *p/s: jangan lupa wish birthday dia tau! :) .
Nak tahu cerita tentang dia? Kalau nak diceritakan, mungkin sampai esok pun tak habis Ifah nak menaip. Terlalu panjang yang ifah boleh ceritakan. Dia ni seorang yang aktif dan lasak.
Sebenarnya, kami berdua dah berkawan sejak berumur 3 tahun lagi . Lama kan? Macam2 pengalaman yang dapat kami terokai . Memang seronok lah berkawan dengan dia :) Setiap kali bercuti, ada saja aktiviti yang kami lakukan.
Semasa Darjah enam dulu, kami selalu pergi kelas tambahan bersama-sama. Maklumlah, tahun tu kan nak ambil UPSR. Kami pergi berjalan kaki tau ? Segala pengalaman takkan dilupakan . The moment bila kami terpaksa lalu melalui lubang pagar, maklumlah, yang itu saja jalan shortcut yang ada . Masa tahun itu lah kami berpisah .
Masa di tingkatan 1, dia telah mendapat tawaran ke MRSM Bentong di Pahang . Masa itu memang tak dapat dinafikan , ifah jealous sangat tengok dia dapat sekolah situ . Ifah jealous tengok aktiviti sepanjang dia dekat sana, semuanya best-best . Tapi bila cuti ja , mesti ada saja tempat yang kami pergi . Kami pergi dengan berbasikal tau! :D Tapi itu hanya untuk ronda-ronda ja . Selalu sangat kami pergi bendang .
Masa tingkatan 4, ifah dapat tawaran untuk masuk ke sekolah MRSM Kepala Batas , masa tu happy sangat . Masa tu jugak , ida pindah maktab ke MRSM Langkawi . Sekarang ni , bila tiba cuti kami sentiasa bertukar-tukar cerita . Sekarang ni , kami berjanji untuk berjumpa di SUPER :) . Sukan dan permainan untuk seluruh MRSM . Ya allah , tak sabarnya :D . Macam mana lah kehidupan dia di asrama ye? Hikhik.
Kejap-kejap , kita nak promote jap . Nak tahu tentang dia ? Ini dia :) Blog , twitter , facebook . Nak berkenalan ? Boleh saja :) . Dia ni seorang yang peramah dan periang tau .
Sekian saja untuk malam ni :) Assalamualaikum semua .
No comments:
Post a Comment